Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) telah menganjurkan sesi perkongsian ‘Sihat Sepanjang Hayat’ bersama dengan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noordin Darus di Hotel Raia, Kuching. Antara perkongsian yang menarik daripada beliau adalah ‘Rahsia Sihat Sepanjang Hayat’.
Turut dijemput hadir bersama sesi ini ialah jabatan/agensi di bawah Kementerian iaitu; Jabatan Muzium Sarawak, Sarawak Tourism Board, Majlis Seni Sarawak, Majlis Kraf Sarawak dan Business Events Sarawak.