Garis Panduan Pengurusan Projek Pembangunan Prasarana

 

Garis Panduan Pengurusan Projek Pembangunan Prasarana


  1. Garis panduan ini merupakan rujukan kepada semua pihak berkepentingan yang terdiri daripada agensi pemohon, agensi pelaksana dan pemain industri yang berkaitan dengan pelancongan, industri kreatif dan seni persembahan Sarawak.
  2. Garis panduan ini mengandungi kriteria penilaian, keperluan teknikal serta prosedur pelaksanaan penilaian cadangan projek yang merangkumi aspek kelestarian, impak sosio-ekonomi, serta pemeliharaan dan pemuliharaan nilai budaya, warisan dan alam semula jadi sejajar dengan matlamat PCDS 2030.
  3. Garis panduan ini diwujudkan bagi memastikan sumber yang diperuntukan dapat dimanfaatkan secara optimum dan memberi manfaat jangka panjang dalam pembangunan sektor pelancongan dan komuniti di Sarawak.
  4. Oleh itu, dengan adanya garis panduan ini, maka ianya akan dapat memudahkan agensi pemohon menyediakan kertas cadangan yang lebih bersifat inklusif bagi memastikan pelaksanaan projek pembangunan prasarana pelancongan adalah berkualiti, mampan dan holistik.