Ministry of Tourism, Creative Industry and Performing Arts Sarawak Anti Bribery Management Policy
Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) beriltizam untuk memantapkan kecekapan tadbir urus dan sistem penyampaian perkhidmatan yang terbaik berlandaskan enam (6) nilai bersama Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS). MTCP komited untuk bertindak secara profesional, adil dan berintegriti di dalam urusan pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan Kementerian berdasarkan pendekatan toleransi-sifar terhadap rasuah.
Setiap warga kerja, individu dan pihak ketiga yang mewakili MTCP perlu menjaga nilai-nilai integriti, kejujuran dan profesionalisme di tahap yang tertinggi pada setiap masa sepanjang penglibatan mereka dengan MTCP.
Polisi ini hendaklah dibaca bersama dengan Polisi Pemberi Maklumat MTCP (Whistle Blower Policy), Polisi Pengurusan Pengaruh Luar dan Surat Sokongan MTCP, Garis Panduan Pengurusan Hadiah untuk PANS, Polisi Pengurusan Percanggahan Kepentingan MTCP dan Kod Etika dan Tatakelakuan PANS.
Pengurusan Tertinggi MTCP akan melaksana dan menguatkuasa polisi berikut:

- Mematuhi peruntukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan undang-undang lain yang berkaitan, peraturan, polisi dan prosedur yang telah ditetapkan di dalam melaksanakan tugas mereka;
- Pihak Pengurusan Tertinggi dan Badan Tadbir Urus MTCP komited untuk melaksanakan kawalan dan penambahbaikan secara berterusan menerusi Sistem Pengurusan Anti Rasuah MTCP (MS ISO 37001);
- Menyediakan saluran dan menggalakkan pelaporan aktiviti yang disyaki berunsur rasuah menerusi Polisi Pemberi Maklumat MTCP;
- Tidak memberi, berjanji untuk memberi, menawar, meminta atau menerima apa-apa hadiah yang bertentangan dengan Garis Panduan Pengurusan Hadiah untuk PANS;
- Unit Integriti / Pasukan Petugas Pematuhan bertanggungjawab memantau pematuhan Sistem Pengurusan Anti Rasuah dan melaporkan kepada Pengurusan Atasan dan Badan Tadbir Urus MTCP; dan
- Setiap warga kerja, individu dan pihak ketiga yang mewakili MTCP bertanggungjawab untuk membaca dan memahami Polisi ini. Sebarang ketidakpatuhan boleh menyebabkan tindakan tatatertib dan/atau prosiding undang-undang diambil terhadap pihak yang terlibat.